Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Tuesday, July 9, 2013

Puasa

Esok dah nak puasa,
Malam ni 1st night terawih,
Tiada apa-apa yang nak disampaikan,
Hanya sekalung ucapan kepada kawan-kawan serta seluruh umat islam,

"Selamat menjalani ibadah berpuasa, semoga mendapat berkat dan hidayah dari-Nya"



P/s : Gambar sekadar hiasan semata-mata.

Ku mengharap kan Ramadhan kali ini penuh makna. Agar dapat kulalui dengan sempurna.

Monday, July 8, 2013

El-Baradei, Boneka Amerika bakal PM Mesir?

Diketahui umum selang beberapa hari yang lepas berlakunya peristiwa pergulingan bekas Perdana Menteri Mesir, Dr Muhammad Mursi oleh tentera yang diketuai oleh Menteri Pertahanan beliau sendiri, Abdel Fattah Al-Sisi.

Timbul berita baru di media bertulis dan media massa mengatakan bahawa sekutu kuat Amerika Syarikat, El-Baradei disebut-sebut bakal menggantikan Muhammad Mursi sebagai PM baru Mesir. Semua itu masih menjadi tanda tanya, masih lagi khabar angin yang sedang bertiup kencang di serata dunia yang mengikuti perkembangan negara bergolak itu.

Media juga mendedahkan jelasnya campur tangan Amerika Syarikat dalam pergolakan ini yang membawa kepada perletakan jawatan Mursi baru-baru ini. Ini jelas apabila dilihat kembali protes besar-besaran ini memang didalangi oleh Amerika Syarikat sendiri. Dan untuk lebih jelas lagi, pentadbiran Mursi selama setahun 5 bulan itu goyah apabila dua kumpulan dalam pentadbiran beliau sering berselisih pendapat. Barisan kumpulan penentang Mursi sendiri terdiri daripada individu yang mempunyai hubungan rapat dengan AS manakala kumpulan yang menyokong beliau terdiri daripada gerakan Ikhwanul Muslimin yang bertapak di Mesir selama 80 tahun lamanya.

Malahan perlantikan Abdel Fattah sebagai menteri pertahanan telah mengundang rasa kurang senang kepada ahli gerakan Ikhwanul Muslimin. Namun jurucakap gerakan itu memberitahu mereka terpaksa menerima dengan hati terbuka berhubung perlantikan itu apabila Mursi telah memberi kepercayaan kepada Menteri Pertahanan itu.


Profil El-Baradei :

- Mohamed El-Baradei pernah brpura-pura menggerakkan protes besar-besaran terhadap Hosni Mubarak.
- Dilahirkan di Kaherah pada 17 Jun 1942
- Graduan Universiti Kaherah dan Graduate Institute of  International  and Development studies dalam bidang perundangan.
- Meneruskan pengajian di Universiti New York

Sebab-sebab ElBaradei digelar ejen AS :

- Jika beliau penentang Hosni, bagaimana ketika itu beliau boleh menjadi pegawai khas Kementerian Hubungan Luar Mesir?
- Keahliannya dalam American Society of International Law (ASIM) diasaskan kongres AS adalah untuk mengkaji tentang perundangan negara.
- Muncul sebagai Muslim Pertama menjadi Ketua Pengarah IAEA. Empat pengarah terdahulu, semuanya beragama kristian.
- Beliau mengikut jejak AS dengan mengehadkan penggunaaan nuklear dunia kerana tidak mahu negara-negara lain mempunyai loji nuklear.
- Ditugaskan menjadi orang yang bertanggungjawab mencari bukti tuduhan AS mengatakan Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran. Program ini adalah rancangan AS kepada IAEA bagi menutup kesalahan AS menceroboh Iraq.
- Beliau memaksa Iran menghentikan program Nuklearnya sekali gus menunjukkan IAEA bukanlah badan bebas.

Friday, July 5, 2013

Semoga Tuhan bersama pemerintahan Dr Muhammad Mursi


Mengapa kalangan liberal sangat berusaha menjatuhkan Presiden Mesir DR Muhammad Mursi?
Sedikit maklumat daripada blog-blog lain telah saya petik untuk dikongsi bersama di laman ini.

Dikhabarkan Presiden Mesir yang dipilih rakyat, Dr Muhammad Mursi telah sah digulingkan oleh tentera diketuai oleh menteri pertahanan, Menteri Pertahanan Mesir, Abdul Fattah Al-sisi dengan merampah kuasa secara rasmi.Ketua Mahkamah Perlembagaan Agong, Adli Mansour telah dinamakan ketua interim negara sehingga pilihan raya baru diadakan.


Kenyataan itu disampaikan sendiri oleh Abdul Fattah pada khamis (4.7.2013) dan disiarkan oleh AFP. Selain itu, Abdul Fattah mengumumkan pembekuan perlembagaan islam yang disusun sebelumnya oleh Mursi.

Media massa Malaysia sendiri kelihatan menyiarkan berita-berita yang terus memburukkan pemerintahan Dr Muhammad Mursi sepanjang 1 tahun sebelum beliau digulingkan. Namun ironik nya, pelbagai fakta yang kita tidak tahu tentang pemerintahan Dr Muhammad Mursi.

Antaranya 'dosa-dosa' yang dibuat beliau sewaktu pemerintahan Mesir dibawahnya sehingga digulingkan oleh kalangan liberal :

Membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia.

Membina kilang Samsung terbesar di arab hingga alat eletronik menjadi sangat murah

Menyokong perjuang Palestin, Syria dan Myammar.

Meningkatkan harga diri Mesir di kalangan negara arab bahkan di mata dunia.

Mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih penganggur di negara itu.

Menegakkan prosedur kehakiman yang sebenarnya.

Berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negara oleh Husni Mubarak dan minions.

Dan banyak lagi 'dosa-dosa' beliau yang sesungguhnya mengundang marah kepada lawan politik terutamanya Amerika Syarikat dan Israel.

Dan kerana 'dosa-dosa' itulah maka Mursi akan digulingkan oleh sisa-sisa pengikut Mubarak, liberas, sekular, komunis dan kristian Koptik serta Syiah sendiri. Mereka melabelkan Mursi membawa kehancuran kepada Mesir sendiri dengan 'dosa-dosa' beliau di atas.

Ucapan Dr Morsi :

Sesungguhnya,

Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa.

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.

Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun,
ku mengharapkan,
kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.

Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah,
untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah,
maka aku merasa Kau mencukupi untukku. Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah,
la haula wa la quwwata illa billah!


"Semoga Tuhan sentiasa bersama dengan orang-orang yang memperjuangkan perkara yang benar ke arah Agama-Nya"

Rujukan :
http://greenboc.blogspot.com/2013/07/terkini-presiden-mesir-drmursi.html
http://www.lamankongsi.com/2013/07/dosa-dosa-presiden-mesir-dr-muhammad.html

Wednesday, July 3, 2013

Ramadhan


Pejam celik, pejam celik,
Dah nak puasa balik.
Terasa baru je puasa tahun lepas.
Cepat masa berlalu.

Macam-macam reaksi kalau sebut pasal puasa,
Ada yang suka sebab bulan puasa la bulan yang boleh gandakan amal ibadat banyak-banyak,
Ada jugak yang suka sebab nak raya,
Tak ketinggalan ada jugak yang kurang suka dengan kedatangan Ramadhan sebab kena berlapar siang hari,

Ada ibubapa sibuk menyiapkan diri untuk mengajar cara berpuasa kepada anak mereka yang baru mengenal erti berpuasa tahun nih,
Ada ibubapa sibuk melatih diri duk buat kuih raya, maklumlah nak berjimat sakan time raya,
Ada ibubapa mula termenung memikir nasib anak di perantauan, balik kah mereka beraya bersama tahun nih, macam mana berpuasa di perantauan.
Ada juga premis premis perniagaan yang dah mula memasang lagu raya walaupon belum berpuasa.

Walau apa pon reaksi kita,
Walau apa yang kita harapkan,
Ramadhan dah makin tiba tak lama lagi,
Siapkan diri untuk beramal seikhlas hati,
Semoga amal kita diterima sepenuhnya oleh yang Esa.


"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
lebih baik dari Ramadhan yang dulu. InsyaAllah"

Tuesday, July 2, 2013

Sekadar perkongsian

Sekadar berkongsi cerita,

Pagi tadi,
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorang pakcik berdiri.

Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.

Tolong saya masukkan duit sebab selalunya ada pegawai yang tolong.
Hari ni cuti public cik.
Duit utk anak pakcik ya?
Ya, dia belajar di selangor, UIA

Duit dimasukkan utk anak pertama,
Berjaya.
Jumlah yg sama tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dalam mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2 kali

Pakcik ada duit lain?
Tak ada nak.
Sempat mata ini menjeling kedalam porch pakcik itu (maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja
Hati mula tersentuh.
Cuba lagi masukkan.
Moga dipermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega trlihat di riak wajahnya.
Berlalu tapi perlahan.

Ingin kutahu dia naik apa.
Motor.
Dalam hujan renyai.
Terliah wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu diberi ganjaran syurga.

Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kpd pakcik itu.
RM400 utk 2 org anak.
Sikit utk dirinya memadai.
Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan kepada abah yg selalu saya sanjungi.

Belajar lah bersungguh-sungguh selagi termampu,
Semoga dapat kita balas sedikit daripada jasa orang tua kita yang tak ternilai itu


Monday, July 1, 2013

Kemana tanggungjawab insan bergelar 'ibubapa'


Sedang asyik layan game di laptop,
Terdengar permintaan meminta diri ini menemani adik ke kedai,
Terasa malas, tapi apa kan daya,
Bila ibubapa yg mintak, tak kan kite nak melawan,

"Besar dosa nya ohh tak dngar cakap mak ayah nih."
Terdetik hati nih.
Sedar dosa tu besar, tapi still buat lagi kan.

Ku capai kunci motor yang tak berapa nak baru nih,
Terus ku pacu pergi ke kedai runcit berdekatan,
Tak berseorangan, bersama adik ketiga nih,

Sampai nye di kedai, ku arah adik ku jer masuk kedai,
Malas rase nye nak masuk kedai tuh,
Plus badan ini penat sejenak,

Terpandang dua orang lelaki masuk kedalam kereta,
Sudah beli barang masak,
Hurmm, lumrah hidup orang bujang. biase le tuh.

Terpandang seorang ayah melayani kerenah anaknye,
Ayah nak itu, Ayah nak ini,
Macam-macam lagi lah diminta si anak,
Namun tak jemu si ayah ni melayan,
Tersenyum seperti biasa,
Tanpa ku sedar, diri ku turut mengukir senyuman melihat telatah anak beranak itu,

Selang berapa saat,
Datang nye 2 orang perempuan ke kedai itu,
Mereka masih lagi di zaman remaja mereka,
Tak nampak langsung seperti sudah berkahwin,

Namun jujur aku cakap,
Sekali aku pandang, langsung tak kusangka mereka perempuan,
Sebab?
Free hair nye,
Dengan rambut pendek terpacak konon punk laa yee,
Dengan baju singkat ibarat rembat baju adik,

Perghh, aku tak kate comel,
Aku kate hensem plak gaye mereka pakai,
Macam lelaki korea pon ade,
Tapi aku kena sedar, mereka perempuan,
Bukan seperti itu yang harus mereka tunjukkan kepada yang bukan muhrim bagi mereka,
Jauh tersasar daripada ciri-ciri perempuan melayu,

Aku mengeluh sendiri,
Apa kena laa budak perempuan melayu sekarang,
Sekarang mereka macam tuh,
Pakai tak senonoh,
Bebas kesana kemari,
Esok hari? Ape jadi? Tuhan je yang maha mengetahui.

Kadang-kadang kalau tengok perempuan yg kurang adab mcm nih,
Terfikir jugak, adakah itu mmang salah mereka sebab,
Atau salah orang tua mereka yang tak tau menjaga anak,

Kalau betul mak ayah dah cube yang trbaik jage anak mereka,
Kesian la dorang kalau diakhirnya, masih lagi hancur anak-anak ini.

And the worst one aku pernah tngok,
Mak ngan anak perempuan naik motor,
Si anak didepan, Si ibu di belakang,
Si ibu berjubah dengan labuh yang amat tudung nya,
Si anak? Rambut terbang ibarat pontianak pon ade.
Tak tau laa ape si ibu fikir time tuh.
Dah la duk belakang, confirm-confirm terkena rambut si anak yang terbang panjang tuh.

Entah lah, nak mengata pon tak tau situasi sebenar,
Dalam hati berdoa agar si anak tu berubah untuk lebih hormat kan ibunya yang litup menjaga aurat.

Saturday, February 11, 2012

Lain yang berlaku , lain yang disampaikan .


Orang selalu cakap , 
jangan dengar sangat khabar angin itu ini . 
Sebab tu khabar angin jer ,
Tak dipastikan lagi kesahihannya .

Lau orang ajak kita mengumpat orang lain , 
jangan dilayan sangat ,
Sebab lau layan dapat dosa free lagi ,
kadang-kadang tu dapat tau benda salah jugak .

Sebab bukan semua benda yang diberitahu oleh pengumpat tuh betul ,
Ade benda dia reka cerita ,
Ade benda dia tambah sikit ,
buat sedap cerita laa katakan .
Padahal situasi sebenar lain sangat daripada apa yang berlaku ,
Tu pun dah boleh dikira fitnah kat orang lain . 

Pengumpat : "Joyah2 , kau nak tau tak , semalam aku tengok mamat gaduh ngan bini dia kat rumah"
Joyah : "Yeke ? Tapi bini mamat tu 1 malam suntuk duk kat rumah aku tolong buat kuih"
Pengumpat : "Erkkk?!"

Pandai lak joyah pangkah pengumpat tu balik kan . 

Untuk yang suka sangat reka cerita orang lain tuh ,
Harap lepas nih tak payah laa rajin-rajin buat camtuh lagi ,
Buat tambah dosa jer ,
Dah laa dosa lain tak kire lagi ,
Ni pulak dosa mengumpat yang boleh tahan teruknya .

Lau bosan sangat nak bersembang reka cerita macam-macam ,
Pergi jadi pengarah filem ke , 
Penulis scrip ke ,
Haa , ade jugak faedah daripada duk umpat kutuk orang sana sini .

Bayangkan pulak camne perasaan anda ,
Kalau orang cakap benda yang salah tentang anda ,
sedangkan anda tak camtuh ,
Sedih kecewa kan ?

P/S : tak yah nak mengumpat sangat lah .

Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul .

Ya Nabi Salam Alaika ,
Ya Rasul Salam Alaika ,
Ya Habib Salam Alaika ,
Solawatullah Alaika ,

Ya Rasul kau bawa cahaya ,
menyinari alam buana ,
bumi tandus subur kembali ,
Rasa gembira di hati ,

Lahirmu membawa rahmat ,
Memimpin ke jalan selamat ,
Akhlakmu yang sungguh memikat ,
Contoh buat seluruh umat ,

Mulianya pengorbananmu ,
Kebaikan yang kau seru ,
Biarpun halangan menimpa ,
Namun dirimu tetap tabah ,

Ya Muhammad yang berjasa ,
Quran dan Sunnah lah pusaka ,
menjadi panduan manusia ,
untuk hidup aman sentosa ,

Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Thursday, February 2, 2012

Explore dunia animation .

Jam laptop dah tunjuk pukul 5.58 pagi ,
Ehm , rajin plak aku stay up late nih .
Biase-biase dah tido dah pon .

Tapi sepanjang tak tido tuh ,
aku try explore sendiri step animation kat google ,
tengok-tengok sample animation yang dah sedia ade kat website ,
tapi setakat ni susah nak jumpa .

Actually yang aku rajin-rajin sangat nak explore animation nih ,
Sebab sem nih ade subjek multimedia ,
and subjek tuh memang fokus kat multimedia ,
contoh video animation making ,
sound recorder , lain-lain lagi lah yang berkaitan ngan multimedia nih .

And kerja terbaru dia kasi ialah ,
Practical test ngan assignment 2 .
Dua2 kena buat animation dengan guna kartun .

Awal-awal tengok paper practical test tu pon cam terharu jugak ,
sebab mindset yang sedia ada pon positif ,
best belajar multimedia nih ,
takde laa bosan sangat .


Kerja yang sememang nya buruk dan tak lawa langsung ,
But ape aku kesah , tu jer yang aku pandai .
Lau ade sape-sape yang pandai bab-bab flash nih ,
boleh la slow-slow ajar aku lak pasni ,

P/s : Tulis entry sambil mata dah kuyu , merapu la jawabnye !

Wednesday, February 1, 2012

Bila buat salah tak mengaku salah .

Kalau orang tegur salah kita jangan sombong ,
Jangan ego sangat dengan orang lain ,
Ego tu tak kemane langsung pon .

Kalau betul memang tu salah kita ,
Mengaku ngan mntak maaf jer .
And be promise that u will never do the same again .

Tak perlu laa kita duk sibuk2 defense diri sendiri ,
Just tuk kesalahan yang memang ternyata dari diri anda sendiri ,
Bukan nak kate anda pengecut ,
Sebab perkataan 'bela diri sendiri' ni tuk orang yang rase kan dirinya betul jer .

Perbaiki laa diri sendiri tuh ,
Lau sorang boikot anda takpe lagi ,
mungkin die tak suke anda secara personal ,
tapi ni dah dekat 30 orang tak suke anda ,
mungkin anda memang ada kesalahan ,
dan kesalahan tu langsung anda tak perbaiki tuk jadi baik .

Ingat lah , kita hidup nih bukan sehari dua lagi ,
kita sendiri pon tak tau bila kita akan menemui ajal kita ,
selagi kita hidup ,
selagi tu lah kita perlukan orang di sekeliling kita nih ,
selagi tu lah kita perlukan bimbingan daripada khalayak ramai ,
bimbingan tuk jadi makin baik ,
bukan jadi makin kurang pandai plak .

Ambik iktibar setiap ape yang terjadi ,
sebab tuhan tak berikan masalah tu tuk anda sajer2 jer ,
Allah masih sayangkan diri anda ,
sebab tu la die mahukan perubahan dari anda .
Ingatlah .


P/s : Luahan perasaan dari diri saya untuk anda sorang yang berase .

Sunday, January 29, 2012

Tuntutan dan etika berdoa

BERDOA merupakan salah satu daripada elemen yang penting dalam  kehidupan seorang muslim. Ia merupakan pengakuan hamba terhadap  kekuasaan Allah yang mutlak terhadap segala yang berlaku, manakala dari  segi yang lain pula ia adalah bentuk pengabdian seorang hamba kerana  hadirnya perasaan berhajat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Berdasarkan ini, doa mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah dan  Allah menyukai orang yang berdoa kepadaNya. Abu Hurairah Radhiallahu  ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam  bersabda yang maksudnya :

“Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah daripada doa.”

Kelebihan atau fadhilat doa itu amat besar dan banyak sekali. Melalui  doa, keampunan dan rahmat diperolehi, dan melalui doa juga musibah dan  kesusahan terhindar. Pendeknya, jika Allah menghendaki dan merestui doa  hambanya, tiada ada satu daya kuasa pun yang dapat menghalangnya dan  Allah tidak akan mensia-siakan keikhlasan orang yang berdoa .

Oleh itu terdapat beberapa tuntutan dan peraturan ketika berdoa :

1 - Memelihara sumber rezeki seperti makanan, minuman dan pakaian daripada sumber yang haram

2 - Berwudhu dan memulakan serta mengakhiri doa dengan  menyebut dan memuji-muji nama Allah serta memberi selawat dan salam  kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam .

3 - Berdoa dengan jalan bertawassul dengan amal soleh .

4 - Berdoa menghadap ke kiblat dan mengangkat dua tangan  sekira-kira nampak putih ketiak dan menyapu kedua tapak tangan ke muka  setelah selesai .

5 - Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan

6 - Berdoa disertai dengan kerendahan hati, khusyuk dengan  jiwa yang tulus ikhlas,merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring  dan diiringi dengan perasaan takut azab Allah dan penuh harapan dengan  limpah kurniaNya

7 - Tidak berdoa dengan sesuatu yang tidak selayaknya seperti perkara yang tidak munasabah dan mustahil

8 - Berterusan berdoa dan mengulang-ngulang doa sebanyak tiga  kali dan tidak berputus asa serta tergesa-gesa menganggap doa tidak  diperkabulkan.

9 - Memilih dan mengutamakan waktu-waktu dan tempat-tempat atau ketika dimana doa mudah dan cepat dikabulkan
 

Friday, January 20, 2012

Duit kertas , duit syiling baru : Lawa dan attractive ?


Petang takdi , aku pegi beli barang sikit kat sebuah market .
Lepas pilih-pilih barang , terus pergi bayar kat kaunter
Total harga brang aku tuh RM**.50

Aku pon bayar RM50.00 , jadi balance tuh ade laa berbaki 50sen .
Time amik reset ngan duit baki tuh , aku pelik jer ngan duit 50sen tuh . 
First2 aku pikir orang cashier tuh silap kasi syiling 20sen sebab duit syiling tuh ringan and kecik jer .
Tapi bile tengok kat duit syiling tuh warna keemasan jer . 
Aku terpikir plak orang cashier ni silap kasi duit syiling RM1 yg dah lame lupus dulu .
Tapi cam tak logik plak .
Last skali aku terpikir plak duit nih cam token funfair yang bese aku pegi dulu2 .
Tapi nape lak token nih leh sesat sampai ke super market nih ? Pelik tol !

Aku pon tengok tol2 kat syiling tuh , Laaa ! Syiling 50sen baru rupenye . 
Adoii , aku pon malu la jugak sebab terkesima sekejap depan orang ramai lak tuh sebab duk tengok duit syiling kat tangan aku tuh jer mcam orang tak pernah jumpe duit .

Tak tau laa nape syiling 50sen yang baru nih makin ringan dan takde nilai jer berbanding dengan syiling 50sen yang lama-lama dulu . Tak paham aku nape die kuarkan syiling camtu plak .

Ni lah rupe-rupe matawang yang akan kite pakai start 2012 nih . 
Boleh didapati di pasaraya2 besar sekarang . haha




P/S : aku dah nak start buat koleksi frame duit-duit sebelum nih . Sape nak join ? Hehe

Thursday, January 19, 2012

Rophynol : Dadah "Dating dan Rogol" terbaru .


'Rophynol' 

Jenis dadah terbaru yang digunakan oleh para-para perogol zaman sekarang .
Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. 

Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang kecil. Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian "mencuci" mereka. 

Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk"mencuci"haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah "Dating" dan rogol. 

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.


Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan "mencuci" agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

 Kesan dadah ini adalah KEKAL terhadap si mangsa. Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. 

Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.


P/S : Beware lah kepada kaum hawa di luar sana . Minuman anda yang terbiar walaupon sedetik mungkin telah dilarutkan dengan dadah nih oleh manusia-manusia pemusnah hidup anda . 
Lau kaum lelaki tak tau lah , ade ke kes laki kena rogol setakat nih ? HAHA