Sunday, April 29, 2012

Last Report Diri untuk April 2012


Tamatnye Semester 4 tuk sesi 2011/2012,
Secara rumusnya takde banyak perubahan,
Jika dibandingkan dengan semester yang lepas-lepas,

Kerja banyak suka menangguh,
Study tuk test last-last minute,
Study tuk final ade laa sikit-sikit,
Study tuk quiz langsung takde,
Yela , ape dalam otak selalu fikir, Alahh quiz, takde la bnyak sangat pon markah,

Semua benda buruk kan?
Ape yang baik nye aku nih?
Mak ayah harap kan yang terbaik, bukan yang terburuk,
Parents mane la nak anaknye jadi jahat kan,

Tapi final exam sem nih lebih teratur compare sem lepas-lepas,
Exam hall banyak dalam kampus jer,
takde laa sampai kena exam kat kampus satu lagi,
tak larat nak bayar minyak kereta asyik ulang-alik pergi sane time exam,

Harapan untuk semester nih,
Harap-harap takde la kena repeat tuk subjek yang aku tak berapa suke,
Tuk subjek yang kritikal untuk aku,
Lau kena repeat jugak, extends 1 year laa jwabnye.
Ya Allah mintak jauh laa kena repeat. huhu













AAZ : Tak mampu berubah banyak2. berubah sikit2 pon jadi laa

Impian dan khayalan #Part 6


Di suatu pagi ahad,
Termanggu dia keseorangan di rumah,
Ahli keluarga semua nya keluar untuk tugas dan tanggungjawab masing-masing,

Cube bangun dari kamar tidur,
Tapi tak berdaya, Syaitan masih lagi tidak membenarkan mata ini dibuka,
Namun dia cuba melawan, bangkit, dan bangkit juga.
Fuhh, Akhirnya, die berjaya duduk diatas sebuah kerusi meja laptop nya.

Menggaru kepala, Menggosok mata, Stretch tangan kaki,
Tangan nya mencapai tetikus,
Tetikus yang selalu membawanya ke alam cyber yang penuh cabaran dan kejutan,
Kejutan baru daripada ahli dunia luar,
Ada baik ada buruknya,
Yang baik dia tumpang gembira,
Yang buruk, Istighfar saje yang termampu,

Namun dia sentiasa mengingatkan diri sendiri,
Agar tidak cepat mempercayai berita daripada media elektronik ini,
Tetapkan di minda, Alam cyber ni semua boleh jadi,
Sesuatu berita tuh, entah betul ke tidak, Allahuallam,
Boleh pasti betul, Boleh pasti edit.
Boleh pasti jujur, Boleh pasti kelentong,

Dunia akhir zaman,
Penipuan sana sini, Menggeleng dia sendiri,
Hanya tuhan yang tahu ape yang betul, Ape yang salah,
Hanya Dia yang maha besar, Tuhan sekelian alam.













AAZ : Masih melatih diri untuk menilai baik buruk nye sesuatu berita .

Jenis-jenis Demonstrasi

Piket - melibatkan kumpulan orang ramai memegang sepanduk, melaungkan slogan dan berarak di hadapan banguna atau pejabat .


Perarakan - perarakan sama seperti piket, orang ramai memegang sepanduk dan melaungkan slogan cuma cara ini melibatkan penunjuk perasaan berjalan dari satu lokasi ke destinasi yang telah dipersetujui. Perarakan selalunya digunakan jika penganjur menjangkakan ramai orang akan menyertai demonstrasi ini.


Nyalaan Lilin - Majlis menyalakan lilin dibuat bagi memperingati orang yang telah meninggal dunia atau memberi penghormatan kepada mangsa bencana. ia selalunya dilakukan di tempat awam tetapi berjalan dalam keadaan suram dan senyap.


Mogok Duduk - Demonstrasi jenis ini digelar keingkaran awam tanpa keganasan. Selalunya penunjuk perasaan akan memenuhi kawasan milik organisasi atau pihak berkuasa untuk membuat tuntutan dan enggan meninggalkan tempat itu selagi tuntutan tidak dipenuhi. Ada juga penunjuk perasaan yang membuat rantaian manusia untuk menghalang persimpangan jalan atau pintu masuk bangunan kerajaan atau syarikat.



AAZ : Sekadar Perkongsian. :)