Tuesday, October 10, 2017

Impian dan khayalan #Part32

Kau kembali lagi duhai si penulis,
Dengan wajah yang sentiasa sama,
Wajah yang resah gelisah,
Kenapa kali ini?
Mahukah kau meluahkan sedikit masalah mu kepada ku?

Ya, aku memang akan sentiasa resah bila aku kesini,
Aku memang akan selalu sedih bila aku luahkan disini,
Aku memang akan lupakan mu dikala aku bahagia,
Disaat aku lupakan tuhan ku disaat aku gembira

Bagus juga engkau mengerti kesilapan mu selama ini,
Lumrah manusia sekarang,
Dikala ditimpa musibah baru mereka akan mencari tuhan,
Tatkala disaat mereka diuji dengan kemewahan,
Mereka langsung tidak sedar dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan.

Kau mahu mendengar masalah ku?
Atau kau mahu meneruskan ayat mu dahulu?

Maafkan aku.
Aku tak mampu menahan rasa jijik ku dengan manusia zaman ini,
Penuh hipokrit, Penuh munafik di mana-mana.
Penuh dengan dosa yang sengaja di buat,
Seakan lupa dari mana asal usul mereka,
Tuhan itu maha pengampun,
Tapi kenapa mereka tidak mencari keampunan tersebut?
Tidakkah mereka sedar ajal mereka akan tiba bila masa sahaja?
Tanpa mengenal usia, tanpa mengenal tempat dan masa?

Tapi bila ditimba musibah,
Pandai pula mereka menyeru nama suci Allah,
Pandai pula mereka mengingati tuhan yang sebelum ni sakan mereka lupakan,
Pandai pula mereka bertaubat,
yang entah taubat itu ikhlas mahupun tidak,
kekal lama atau hanya sekadar syarat untuk menyembuhkan sedikit beban masalah mereka.

Maafkan aku lagi sekali,
Harap kau boleh tangguhkan dulu luahan masalah mu itu,
Aku tak mampu menjadi pendengar mu untuk masa sekarang.

Baiklah,
Aku pendamkan dulu.

Saturday, October 7, 2017

Impian dan khayalan #Part31

Kenapa kau begitu resah duhai si penulis?


Aku tidak tahu bagaimana ingin aku katakan.

Luahkan saja duhai si penulis.
Apa saja yang engkau luahkan disini tidak akan ada yang tahu.
Melainkan tuhanmu,
Dia tahu segala apa yang terjadi di atas bumi ciptaan nya.

Benarkah engkau ingin tahu?

Ya, tidak salah untuk engkau meluahkan kepada ku.
Kerana aku adalah kamu.


Apakah kau mampu melawan takdir?
Apakah kau mampu melawan apa yang tuhan tetapkan untuk hidup mu?
Apakah kau mampu untuk capai apa yang benar engkau inginkan?
Sedangkan tuhan mu tidak mengizinkan sesuatu itu?

Oh banyak benar soalan mu,
Aku akan cuba menjawab,
Tapi aku nak engkau berjanji,
Untuk buat keputusan yang tepat untuk hidup mu esok hari.


Baiklah. Akan aku cuba.

Apakah kau percaya dengan qada' dan qadar?
Apakah kau percaya dengan takdir hidup mu?
Apakah kau percaya jika aku mengatakan jodoh dan ajal mu sudah ditetapkan?
Apakah kau percaya semua itu?

Aku seorang islam,
Bagaimana kau mengangap aku tidak mempercayai semua itu?

Sebab lagak mu, keluh resah mu,
Kecelaruan hidup mu, sedih mu,
Tidak mengambarkan kau percaya semua itu.

Andai nya kau ditimpa suatu musibah,
Apakah kau setuju jika aku mengatakan ada baiknya disebalik buruk yang terjadi?
Andai nya kau diuji dengan kemewahan,
Apakah kau setuju jika aku mengatakan semua itu juga ujian untuk mu?
Andai nya suatu masa nanti nikmat hidup mu sekarang ditarik dengan begitu sahaja,
Apa akan kau fikir kan disaat itu semua?


Kau takkan faham dan mengerti apa yang aku rasa,

Ya engkau benar.
Tiada siapa yang akan faham apa yang engkau rasa,
Apa yang engkau fikirkan,
Apa yang sedang kau alami di dalam benak hatimu,
Tiada yang tahu kecuali tuhan mu.
Jadi tidak kah kau terfikir Dia tahu apa yang terbaik untuk hidup mu?

Berbalik kepada niat asal soalan mu,
Dengan siapa engkau bertemu,
Dengan siapa engkau berkawan,
Siapa saja yang akan jadi teman istimewa mu,
Itu semua dugaan dari tuhan mu,

Adakah kau sedang menyayangi seseorang?
Tidak mengapa, simpan saja dalam hati mu jawapan itu.
Apa aku ingin katakan,
Macam mana sayang nya engkau pada seseorang,
Andai kata tuhan tak mengizinkan dia untuk mu,
Apa kah kau mampu untuk terus hidup dengan nya?
Macam mana baik nya engkau dengan seseorang,
Andai orang lain jodoh mu,
Apa kah kau tahu siapa yang akan terus bersama mu esok hari?

Dunia ini penuh dugaan wahai si penulis,
Engkau tidak akan pernah tahu apa yang akan berlaku pada mu esok hari,
Engkau tidak akan pernah tahu, siapa yang akan datang dalam hidup mu,
Siapa yang akan pergi dari hidup mu,
Siapa yang akan membahagiakan mu,
Siapa yang akan membawa bencana kepada mu,
Engkau tidak akan tahu semua itu.
Kerana engkau hanya sekadar manusia biasa,
Yang lemah dari segala benda.

Jadi teruskan la usaha baik mu,
Teruskan tanggungjawab mu yang perlu engkau laksanakan dulu,
Aku tidak meminta kau berhenti untuk berusaha,
Kerana agama juga menuntut agar kita tetap usaha, doa, tawakkal,
Bukan hanya tawakkal menunggu berita baik semata,
Engkau hanya mampu merancang, Dia yang menentukan segala.
Jangan berhenti berdoa, agar tuhan tunjukkan jalan terbaik untuk mu.

Andai dia adalah jodoh mu,
Engkau dan dia akan tetap bersama,
Andai dia bukan la jodoh mu,
Macam mana baik nya engkau dan dia,
Tidak mungkin engkau akan bersama dengan nya kelak,

Friday, September 8, 2017

Impian dan khayalan #Part30

Duhai si penulis, 
Pernahkah kau terfikir suatu hari nanti,
Bagaimana kau akan menghadapi dunia ini bersendirian?

Duhai si penulis,
Pernahkah kau terfikir bahawa kelak esok hari,
Hidup kau tidak akan sama seperti waktu kau mencoretkan luahan ini?

Duhai si penulis,
Nasihat ku satu pada mu kali ini,
Hargai la insan yang tersayang disekeliling mu,
Hargai la mereka seperti hari ini hari terakhir untuk mereka,
Sentiasa la berbuat baik kepada mereka,
Kerana tanpa mereka engkau tak akan kecapi apa yang kau ada hari ini,

Tersedar dia dari lamunan,
Disaat itu juga dia memanjatkan kesyukuran ke hadrat yang maha esa,
Dikala insan lain sudah tiada kedua orang tua,
Tapi dia masih lagi mampu menatap insan yang paling dia sayang itu,
Di tiap pagi, petang mahupon malam nya,

Selagi diri nya masih bernyawa,
Selagi jasadnya masih mampu bergerak bebas,
Selagi itu dia akan terus kan usaha,
Usaha yang termampu untuk membahagiakan kedua ibubapa nya,

Mungkin belum tiba masanya lagi,
Tapi waktu itu akan datang,

Mengingatkan insan yang tersayang,
Tidak dia lupa neneknya di kampung,
Sejenak dia mengimbas kembali,
Setiap pesan dan nasihat dari seorang yang tidak pernah lokek dari mengukir senyuman,
Disaat dia sihat, mahupon sakit sedikit,
Disaat dia penat, mahupon tidak,
Dia tidak pernah kedekut daripada kata-kata yang mampu dijadikan pedoman hidup sendiri.

Dia bakal kembali jauh dari kampung halaman,
Pergi dia untuk secebis kejayaan,
Pergi dia mencari apa yang perlu untuk dia membalas budi,
Budi yang sekian lama untuk menolak dia ke tahap seperti ini.

Ya Allah,
Kau panjangkan la umur mereka,
Kau permudahkan la urusan hari-hari mereka,
Kau berkati la rezeki mereka,
Sesungguhnya mereka adalah insan yang amat ku sayang.