Tuesday, July 2, 2013

Tidur ohh tidur


Lepas satu game, sambung game lain, habis game, sambung game baru.
12 tengah malam, sampai laa 3 pagi.
Lapar, cari makan kat bawah.

Dah kenyang sambung lagi main game.
Tengok2 jam dah pukul 7pagi.
'Ehh, dah pagi ke? Patut lah bising jer bunyi budak2 ni nak pegi sekolah'

Bercakap aku sendiri sambil mengeliat 2 3 kali.
Tapi pelik, aku langsung tak menguap sebagaimana orang yang sedang mengantuk tak tidur malam,
Cuba baring, tak terasa pulak nak tidur.
Cuba bangun, ehh larat pulak aku nak bangun.


Begitu la malam2 aku sejak dua menjak nih.
Penyakit susah nak tidur malam makin menjadi-jadi.
Tak kira la macam mana penat sekali pon badan,
Kalau habis awal tidur sure 3-4 pagi.

Terduduk, terkelip kelip memandang laptop,
Terus jari ni menaip di carian google pasal 'insomnia',
Insomnia = Penyakit susah tidur malam
Baca baca pasal insomnia nih,
Terus terfikir, aku dah kena penyakit nih agaknya.




Baca dalam 1 laman berkaitan insomnia,
Disenarai sebab sebab terjadi penyakit ni,
Banyak pula kaitan dengan aku.
Lepas ni confirm kena tidur awal,
Mampus aku kalau duk amal tak tidur kalau dah dapat kerja nanti.

Btw, sapa sapa nak tau pasal imnosia boleh refer sini
http://penyebab.org/penyakit-insomnia-susah-tidur


Sekadar perkongsian

Sekadar berkongsi cerita,

Pagi tadi,
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorang pakcik berdiri.

Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.

Tolong saya masukkan duit sebab selalunya ada pegawai yang tolong.
Hari ni cuti public cik.
Duit utk anak pakcik ya?
Ya, dia belajar di selangor, UIA

Duit dimasukkan utk anak pertama,
Berjaya.
Jumlah yg sama tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dalam mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2 kali

Pakcik ada duit lain?
Tak ada nak.
Sempat mata ini menjeling kedalam porch pakcik itu (maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja
Hati mula tersentuh.
Cuba lagi masukkan.
Moga dipermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega trlihat di riak wajahnya.
Berlalu tapi perlahan.

Ingin kutahu dia naik apa.
Motor.
Dalam hujan renyai.
Terliah wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu diberi ganjaran syurga.

Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kpd pakcik itu.
RM400 utk 2 org anak.
Sikit utk dirinya memadai.
Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan kepada abah yg selalu saya sanjungi.

Belajar lah bersungguh-sungguh selagi termampu,
Semoga dapat kita balas sedikit daripada jasa orang tua kita yang tak ternilai itu


Monday, July 1, 2013

Kemana tanggungjawab insan bergelar 'ibubapa'


Sedang asyik layan game di laptop,
Terdengar permintaan meminta diri ini menemani adik ke kedai,
Terasa malas, tapi apa kan daya,
Bila ibubapa yg mintak, tak kan kite nak melawan,

"Besar dosa nya ohh tak dngar cakap mak ayah nih."
Terdetik hati nih.
Sedar dosa tu besar, tapi still buat lagi kan.

Ku capai kunci motor yang tak berapa nak baru nih,
Terus ku pacu pergi ke kedai runcit berdekatan,
Tak berseorangan, bersama adik ketiga nih,

Sampai nye di kedai, ku arah adik ku jer masuk kedai,
Malas rase nye nak masuk kedai tuh,
Plus badan ini penat sejenak,

Terpandang dua orang lelaki masuk kedalam kereta,
Sudah beli barang masak,
Hurmm, lumrah hidup orang bujang. biase le tuh.

Terpandang seorang ayah melayani kerenah anaknye,
Ayah nak itu, Ayah nak ini,
Macam-macam lagi lah diminta si anak,
Namun tak jemu si ayah ni melayan,
Tersenyum seperti biasa,
Tanpa ku sedar, diri ku turut mengukir senyuman melihat telatah anak beranak itu,

Selang berapa saat,
Datang nye 2 orang perempuan ke kedai itu,
Mereka masih lagi di zaman remaja mereka,
Tak nampak langsung seperti sudah berkahwin,

Namun jujur aku cakap,
Sekali aku pandang, langsung tak kusangka mereka perempuan,
Sebab?
Free hair nye,
Dengan rambut pendek terpacak konon punk laa yee,
Dengan baju singkat ibarat rembat baju adik,

Perghh, aku tak kate comel,
Aku kate hensem plak gaye mereka pakai,
Macam lelaki korea pon ade,
Tapi aku kena sedar, mereka perempuan,
Bukan seperti itu yang harus mereka tunjukkan kepada yang bukan muhrim bagi mereka,
Jauh tersasar daripada ciri-ciri perempuan melayu,

Aku mengeluh sendiri,
Apa kena laa budak perempuan melayu sekarang,
Sekarang mereka macam tuh,
Pakai tak senonoh,
Bebas kesana kemari,
Esok hari? Ape jadi? Tuhan je yang maha mengetahui.

Kadang-kadang kalau tengok perempuan yg kurang adab mcm nih,
Terfikir jugak, adakah itu mmang salah mereka sebab,
Atau salah orang tua mereka yang tak tau menjaga anak,

Kalau betul mak ayah dah cube yang trbaik jage anak mereka,
Kesian la dorang kalau diakhirnya, masih lagi hancur anak-anak ini.

And the worst one aku pernah tngok,
Mak ngan anak perempuan naik motor,
Si anak didepan, Si ibu di belakang,
Si ibu berjubah dengan labuh yang amat tudung nya,
Si anak? Rambut terbang ibarat pontianak pon ade.
Tak tau laa ape si ibu fikir time tuh.
Dah la duk belakang, confirm-confirm terkena rambut si anak yang terbang panjang tuh.

Entah lah, nak mengata pon tak tau situasi sebenar,
Dalam hati berdoa agar si anak tu berubah untuk lebih hormat kan ibunya yang litup menjaga aurat.