Wednesday, October 24, 2012

Its not about distance and time. Its all about YOU


Ye awak memang jauh,
Ye saya bukan selalu di depan mata awak,
Ye saya tak selalu disisi awak dikala awak terduduk keresahan bersendirian,
Saya mintak maaf untuk kekurangan itu,
I'm really sorry.

Its not about distance,
Awak memang jauh,
Apa kan daya saya, Andai ini cubaan tuhan InsyaAllah saya sanggup terima,
Orang selalu cakap, Jauh Mata Dekat Di Hati,
'Pepatah' tuh mungkin agak membosankan sekarang,
Namun pepatah yang mmbosankan tu lah yang saya ingin luahkan kat awak,

Awak mungkin tak didepan saya,
Awak mungkin tak disisi saya sebagaimana orang lain yang selalu ade teman disisi,
Tapi selagi perasaan ini ikhlas menerima ujian,
Awak kan selalu di Hati saya,
Awak kan selalu berlegar di fikiran saya,
Walau kadang-kadang perasaan itu merosakkan diri saya sendiri,
Sy cuba menjadi positif selagi saya mampu,

Its not about time,
Kadang-kadang hati ini mungkin tak sabar menunggu hari itu,
Kadang-kadang mungkin hati ini resah memikirkan,
apakah akan kekal perasaan bahagia ini sehingga ke akhirnya,
apakah akan tiba hari bahagia yang diimpi-impikan selama ini,

Tapi bak kata orang jugak,
Kalau dah jodoh, tunggu seribu tahun pon tak kemane,
Ye, jodoh itu wakil kepada takdir tuhan,
takdir yang tuhan dah tetapkan bagi hidup awak, hidup saya,
dan hidup kita jugak mungkin.

Saya nak katakan,
Saya bahagia dengan awak,
Saya mintak maaf atas segala kekurangan saya,
Awak segala-galanya bagi saya,

Tak mudah saya nak meluahkan semua ini,
Namun terdetik segala keberanian dan kecekalan,
Untuk jari saya nih terus bergerak menaip segala kata-kata untuk awak,

Its all about YOU miss Syafiqah Shafawiza.


1 comment: